logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 12 Februari, 2014

Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 12 Februari, 2014

Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 12 Februari, 2014

AUD/USD Gelombang Elliott
Pada hari semalam, pasangan mata wang AUD/USD amsih lagi didagangkan dalam aliran menaik, sepertimana yang telah kita jangkakan, membangunkan gelombang impulsif (v)/(iii) (berwarna hitam) pada gelombang yang lebih besar [i] (berwarna hijau). Berdasarkan pada carta 1 jam bagi pasangan mata wang AUD/SD, kami mendapati bahawa pasangan kini sedang berada di dalam gelombang akhir v pada (v) yang akan mengambil corak pepenjuru utama. Kita perlu melihat pengakhiran bagi gelombang [i] semasa sesi dagangan awal London di sekitar athap 0.9070 dan daripada athap tersebut kita akan dapat melihat harga berada pada tahap yang lebih rendah, dan itulah sebabnya kita mahu menjadi penjual apabila kita melihat harga didagangkan di bawah tahap 0.9030 (pengesahan bahawa gelombang [i]) telah berakhir. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang 2 perlu menjejaki semula 50% daripada gelombang 1, maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang 1 dengan meletakkan kedudukan Take profti pada tahap 0.8869 (50% daripada gelombang 1). Petunjuk RSI masih menunjukkan perbezaan dan sehingga kini perbezaan ini masih mengukuh, oleh itu perkiraan ini akan kekal sah.

Sokongan dan Rintangan
(S3) 0.8862, (S2) 0.8901, (S1) 0.8969, (PP) 0.9008, (R1) 0.9076, (R2) 0.9115, (R3) 0.9183.

Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menurun. Itulah sebabnya kedudukan menjual akan berada pada tahap 0.9030 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.9100 dan Take Profit pada tahap 0.8869 adalah dicadangkan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan