Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan pergerakkan menaik di atas tahap sokongan 1.6540, menuju ke arah tahap rintangan yang terletak pada 1.6663. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap rintangan 1.6851. Sebaliknya, harga diramalkan akan jatuh ke tahap 1.6540 jika pasangan mata wang ini membuat lantunan semula penurunan harga pada tahap harga semasa. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah positif, oleh itu prospek kenaikkan harga kami masih lagi sah.

Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat sednag membentuk corak kenaikkan harga di atas tahap sokongan 1.6644, selepas pasangan mata wang ini mengukuh di atas garisan aliran menaik berhampiran pada tahap sokongan 1.6592. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap rintangan yang terletak pada tahap 1.6667, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 1.6850. Sebaliknya, jika pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap sokongan yang terletak pada 1.6644, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 1.6592. Petunjuk MACD kini berada di dalam zon terlebih beli.

Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang membentuk corak kenaikkan harga di atas tahap sokongan 1.6644, selepas pasangan mata wang ini mengukuh di atas garisan aliran menaik berhampiran pada tahap sokongan 1.6592. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada athap 1.6667, maka harga dijangkakan akan meningkat hingga ke tahap 1.685. Sementara itu, jika pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.6644, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 1.6592. Petunjuk MACD kini dilihat berada di dalam zon terlebih beli.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6700, take profit di tahap 1.6750, dan stop loss pada tahap 1.6650.
