logo

FX.co ★ Analisis Harian USDX untuk 17 Februari, 2014

Analisis Harian USDX untuk 17 Februari, 2014

Carta Harian: Indeks USDX jatuh ke tahap yang kritikal, sebagaimana tahap sokongan yang terletak pada 80.11 agak kuat dan berkhidmat sebagai tahap sokongan yang kuat untuk USDX selama beberapa minggu. Walau bagaimanapun, sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 79.19. Sebaliknya, jika USDX tidak membuat lantunan semula kenaikkan harga pada tahap harga semasa, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap rintangan 80.62. Petunjuk MACD adalah negatif.


Analisis Harian USDX untuk 17 Februari, 2014Carta 4H: Indeks USDX terus jatuh di bawah purata pergerakkan 200- hari sebagaimana USDX cuba untuk mengukuh di bawah garisan aliran menaik berhampiran pada tahap 80.20. Sekiranya Indeks USDX berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap 80.09, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 79.81. Sementara itu, Indeks USDX berkemungkinan besar akan mula membuat pergerakan yang bertentangan dengan aliran harga semasa. Petunjuk MACD adalah negatif.
Analisis Harian USDX untuk 17 Februari, 2014

Carta 1H: Indeks USDX memulakan dagangan pada minggu ini dengan sedikit jurang penurunan harga di bawah tahap rintangan 80.15. Indeks USDX berkemungkinan besar akan melanjutkan pergerakkan penurunan harga ke tahap sokongan 79.88. Walau bagaimanapun, tahap harga semasa berpotensi untuk menjadi tahap sokongan kuat bagi USDX, oleh yang demikian, kini kita harus berhati-hati apabila membuat pesanan menjual. Petunjuk MACD kini dilihat sedang memasuki wilayah neutral.


Analisis Harian USDX untuk 17 Februari, 2014

Cadangan Perdagangan: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 80.15, take profit di tahap 79.88, dan stop loss pada tahap 80.43.


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan