EUR/USD: Pasangan mata wang ini telah berjaya mengekalkan aliran menaik, bergerak menghampiri kawasan rintangan yang terletak pada tahap 1.3700. Bagi memastikan aliran menaik ini dilanjutkan, maka harga perlu menemusi tahap rintangan untuk pergerakkan menaik. Sasaran untuk minggu ini terletak pada garisan rintangan 1.3800.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini telah berjaya mengekalkan aliran menurun, bergerak menghampiri kawasan sokongan yang terletak pada tahap 0.8900. Bagi memastikan aliran menurun ini dilanjutkan, maka harga perlu menemusi tahap sokongan untuk pergerakkan menurun. Sasaran untuk minggu ini terletak pada garisan sokongan 1.3800.
GBP/USD: Mata wang Pound berjaya untuk berdagang lebih daripada 350 pips pada minggu lalu, menutup di tahap 1.6747. Sasaran untuk minggu ini terletak di wilayah pengedaran 1.6800, walau bagaimanapun terdapat kemungkinan bahawa harga akan ditarik semula buat sementara waktu, sebagaimana tempoh RSI 14 telah berpindah ke kawasan terlebih beli. Corak Pengesahan kenaikkan harga kini kelihatan amat kuat di dalam carta.
USD/JPY: Isyarat penurunan harga di dalam pasaran masih sah dan harga kini dilihat sedang berada di bawah EMA 56 manakala tempoh RSI 14 adalah di bawah tahap 50. Walau bagaimanapun, isyarat menjual yang kelihatan adalah akibat daripada penurunan harga USD, para pedagang perlu menetapkan sasaran dengan ketat, oleh itu harga berkemungkinan tidak akan berdagang di bawah tahap permintaan 101.00.
EUR/JPY: Pasangan mata wang ini berdagang secara mendatar untuk sepanjang tempoh minggu lalu, walau bagaimanapun ia berjaya mengekalkan gambaran kenaikkan harga. Oleh itu, pasangan mata wang ini lebih cenderung untuk bergerak ke arah atas sejurus selepas harga berjaya menembusi.
