logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 Feburari, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 Feburari, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 Feburari, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan berdagang di dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar AS yang negatif, selera risiko pelabur dan harga komoditi yang positif; pendirian yang agresif oleh Bank Rizab terhadap dasar monetari New Zealand. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah terjejas akibat daripada data yang negatif, lebih rendah berbanding ramalan iaitu hanya mencatatkan kenaikkan sebanyak 1.2% di dalam laporan jualan runcit New Zealand bagi suku ke-4 (berbanding ramalan yang mengunjurkan +1.6%) dan penjualan mata wang dolar NZ semasa pasangan mata wang AUD/NZD mengukuh. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik adalah kenaikkan harga, meskipun ia kemudianya akan berada di zon terlebih beli, purata pergerakkan lima hari melebihi 15 hari MA dan kini kian meningkat.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.84 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.843. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8295, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.825. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8325.

Tahap Rintangan:
0.84
0.843
0.846
Tahap Sokongan:
0.8295
0.825
0.823

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan