
Aliran kenaikkan harga dilihat telah berjaya menembusi pada tahap tinggi baru (sekitar tahap 1.1220) yang mana ia masih belum ditembusi sejak tahun 2009.
Pada baru-baru ini, mata wang USD telah gagal untuk mengekalkan keuntungan terhadap mata wang CAD, dan harga bagi pasangan mata wang USD/CAD ini telah ditolak ke arah bawah sekaligus menyatakan bahawa momentum kenaikkan harga yang berterusan adalah lemah.
Cartalilin harian hari Jumaat kelihatan sebagai kenaikkan harga bercorak 'Hammer'. Ini menunjukkan bahawa terdapat kehadiran aliran kenaikkan harga di sekitar tahap harga 1.0960.
Adalah penting kepada para pedagang untuk mengambil perhatian bahawa pasangan mata wang ini telah menubuhkan zon pengukuhan di antara tahap 1.0850 dan 1.0960. Ia telah menjadikan zon ini sebagai tahap sokongan.
Penembusan harga pada tahap 1.0960 akan membuka jalan untuk harga bergerak secara langsung menuju ke arah taahp 1.0850 yang mana ia hadir untuk bertemu dengan garisan aliran menaik seperti yang telah digambarkan pada carta. Ia berkemungkinan akan menyediakan kemasukan MEMBELI yang sah dengan SL sebagai penutupan harian di bawah tahap 1.0850.
Sebaliknya, zon rintangan yang paling hampir bagi pasangan mata wang ini terletak di sekitar tahap 1.1230-1.1250 yang mana ia adalah berpadanan dengan tahap Fibonacci 50% ayunan penurunan harga yang dilanjutkan di antara Mac 2009 dan Julai 2011.
