Harga emas telah ditarik balik dengan ketara ditengah-tengah kebimbangan para pelabur terhadap pemulihan AS. Data yang dikeluarkan pada baru-baru ini telah memusnahkan harapan untuk ekonomi Amerika Syarikat pulih. Berdasarkan pada carta setiap jam dan carta harian, isyarat terlebih beli menunjukkan tekanan jualan pada emas. Semasa sesi dagangan Asia, emas diniagakan pada tahap $ 1,327. Pada dua hari yang lalu, kami menasihatkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual. Kami masih berfikir perkara yang sama. Merujuk pada carta harian, RSI kekal berada pada tahap75.0, yang mana ia adalah merupakan kedudukan terlebih beli. Walau bagaimanapun, di sini timbul satu persoalan, sejauh manakah harga emas ini akan jatuh?
Urusniaga harian - Sokongan bagi komoditi ini dilihat terletak pada taahp harga $ 1,320.0. Sekiranya emas berjaya menembusi pada tahap $ 1320,0, maka harga berpotensi untuk jatuh ke tahap $ 1,316 dan $ 1,310. Jika RSI berada pada wilayah lebihan belian pada tahap 75.0 di dalam carta setiap jam, harga diramalkan akan jatuh disekitar tahap $ 20 - $ 35.
Berdasarkan pada kedudukan, selepas harga menembusi di bawah tahap $ 1.264, kita berkemungkinan akan dapat melihat perubahan arah aliran harga. Pergerakkan ke arah atas, penembusan harga di atas tahap $ 1.338 akan menambahkan $ 30 untuk harga. Pada September 2012 yang lalu, RSI telah menembusi tahap terlebih beli pada 81 dan harga telah diperbetulkan menghampiri $ 100. RSI kini telah mencecah pada 75, mari kita lihat berapa banyak yang akan diperbetulkan.
Cadangan Intra-Sokongan: $1,320, $1,316, $1,310.
