logo

FX.co ★ Analisis USD/JPY untuk 19 Februari, 2014

Analisis USD/JPY untuk 19 Februari, 2014

Bank pusat Jepun membuat keputusan untuk mengekalkan pendirian dasar mereka. Jepun akan meneruskan pendirian bagi membolehkan negara tersebut mencapai kadar inflasi pada kadar 2%. Dasar kewangan telah dilanjutkan dan saiz pinjaman bank pula telah dinaikkan sebanyak dua kali ganda. Di bawah kemudahan sokongan pertumbuhan, peruntukan maksimum bank pusat dana mencatatkan kenaikkan sebanyak dua kali ganda kepada ¥ 7 trilion berbanding 3.5 trilion yen. Sekaligus menjadikan asas kewangan negara meningkat dua kali ganda dengan jumlah tahunan sebanyak 60-70 trilion yen setahun melalui pembelian bon kerajaan Jepun, dana dagangan bursa dan amanah pelaburan hartanah bersama-sama dengan kertas perdagangan dan bon korporat. Perubahan ini boleh menarik kedudukan menjual-yen baru.

Pasangan mata wang USD/JPY kini sedang didagangkan pada tahap 102.27 dalam sesi dagangan Asia. Berdasarkan pada carta setiap jam RSI memberikan gambaran yang negatif, tetapi harga masih mengukuh pada DEMA 40. Jika pasangan mata wang ini menembusi apda tahap 102.23, maka kita boleh menjangkakan bahawa harga akan jatuh ke arah tahap 101.88, 101.75, dan 101.40. Harga dilihat telah menembusi pada tahap 102.23 sebentar tadi dan ia kini sedang menuju ke arah sasaran penurunan harga.

Analisis USD/JPY untuk 19 Februari, 2014

Urusniaga Harian-

S1 102.23 R1 102.308

S2 101.88 R2 102.42

S3 101.75 R3 102.60

Sekiranya harga kekal berdagang di atas tahap 102.42, maka harga berpotensi untuk melonjak hingga ke tahap 103.40.

Analisis USD/JPY untuk 19 Februari, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan