Minyak mentah masih didagangkan di dalam julat dagangan yang terletak di antara tahap 77-110 untuk tempoh masa 3 tahun. Kini harga sedang diniagakan pada tahap 103.70, berhampiran pada tahap fib. 61.8. Merujuk pada carta, harian dan setiap jam, petunjuk RSI kini sedang berada pada tahap terlebih beli, dan harga diniagakan pada tahap rintangan utama pada 103-105. Ia bukan suatu pertaruhan yang baik untuk menambah pesanan membeli pada fasa ini. Sehingga harga bergerak di atas tahap 105.0, kita akan berada di dalam mod penurunan harga. Pengayun tidak menyokong pergerakkan menaik daripada sini. Pada Julai 2013, RSI dilihat berada di dalam zon terlebih beli iaitu pada tahap 75.0, dan selepas itu pada hari ini RSI datang kembali ke tahap 74.3. Saya menjangkakan bahawa akan berlaku beberapa perubahan aliran harga utama.
Sokongan Urusniaga Harian -
S1 102.8 R1 104.0
S2 102.35 R2 105.2

Posisi-
S1 101.5 R1 104.0
S2 99.0 R2 105.2
