logo

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 20 Februari, 2014

Analisis Teknikal #USDX untuk 20 Februari, 2014

Indeks Dollar telah membentuk corak 'Double bottom' sebagaimana yang telah dijangkakan pada tahap sokongan penting 79.95. Indeks Dollar kini dilihat sedang berada di wilayah terlebih jual seperti yang telah dinyatakan di dalam analisis kami yang terdahulu. Oleh itu, lantunan harga dijangkakan akan berlaku. Indeks Dollar kian meningkat di atas tahap 80 dan mensasarkan 38% Penarikan Semula harga pada tahap 80.45. Ini adalah adalah merupakan tahap sasaran jangka pendek kami. Indeks Dollar telah menembusi saluran penurunan condong dan ini adalah sesuatu yang akan mengesahkan prospek kenaikkan harga kami.

Analisis Teknikal #USDX untuk 20 Februari, 2014

Indeks Dollar dijangkakan akan mempunyai rintangan jangka pendek pada garisan rintangan aliran menaik condong hitam. Pada tahap rintangan tersebut, harga telah pernah ditolak hingga ke garisan aliran. Kami menjangkakan bahawa indeks Dollar kini akan menembusi di atas garisan aliran ini.

Analisis Teknikal #USDX untuk 20 Februari, 2014

Carta harian mengesahkan prospek kenaikkan harga kami sebagaimana terdapat pembentukan dasar yang lengkap pada julat harga 79.90-80 dan kami menjangkakan bahawa harga akan melantun sekurang-kurangnya ke arah 38% Penarikan Semula Fibonacci. Sasaran kami untuk lantunan harga ini adalah tahap rintangan 80.60-75. Kami kekal pada aliran kenikkan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan