
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF dijangkakan akan berdagang di dalam julat yang lebih tinggi selepas harga mnececah berhampiran tahap rendah lapan minggu pada 0.8854 hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif, penurunan di dalam petunjuk sentimen ekonomi Credit Suisse ZEW Switzerland kepada 28.7 pada bulan Februari berbanding 36.4 pada bulan Januari dan penjualan mata wang franc sewaktu pasangan mata wang CHF/JPY melemah. Tetapi keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah terjejas ekoran daripada permintaan mata wang franc semasa pasangan EUR/CHF melemah. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah penurunan harga, purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian menurun, tetapi stokastik kini bertukar ke wilayah zon terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.883; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8795. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8855. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.883 dan sasaran kedua pada tahap 0.8795.
Tahap Rintangan:
0.891
0.893
0.865
Tahap Sokongan:
0.883
0.8795
0.875
