
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY dijangkakan akan berdagang dengan risiko condong yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh peningkatan penghindaran risiko pelabur dan penjualan eksport Jepun. Tetapi kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY telah diganggu oleh permintaan dari pengimport Jepun. Carta harian dilihat masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik kini berada di dalam aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 169; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 168.25. Titik pangsi kekal berada pada tahap 170.70. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 171.30 dan sasaran kedua pada tahap 172.15.
Tahap Rintangan:
171.30
172.15
173
Tahap Sokongan:
169
168.25
167.1
