logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 21 Feburari, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 21 Feburari, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 21 Feburari, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan kembali cergas. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh selera risiko yang positif dan permintaan dari pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini terjejas ekoran daripada penjualan pengeksport Jepun dan sentimen euro yang melemah dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta hariandilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokasti adalah kenaikkan harga, meskipun ia akhirnya akan berada di zon terlebih beli, purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian meningkat.


Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 171.90 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 172.55. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 169.5, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 169. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 170.05.

Tahap Rintangan:
171.90
172.55
173

Tahap Sokongan:
169.5
169
168.25

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan