
USD/CAD Gelombang Elliott
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang USD/CAD ini telah didagangkan dalam aliran menurun, seperti yang telah jangkakan, membangunkan gelombang pembetulan [b] (berwarna hitam) pada gelombang yang lebih besar (berwarna biru). Berdasarkan pada carta di atas, kita dapat melihat bahawa kita kini sedang mengira pergerakan penurunan harga daripada tahap 1.1194 ke arah tahap 1.1050 sebagai (a) - (b) - (c) pada gelombang yang lebih besar [b], kita seharusnya melihat pengakhiran bagi gelombang [b] pada beberapa sesi dagangan yang akan datang dan itulah sebabnya mengapa kita perlu mencari peluang membeli terhadap tahap rendah 1.0905. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang [c] perlu dilanjutkan 100% daripada gelombang [a], maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang [a] dengan menetapkan kedudukan take profit pada tahap 1.1330 (100% daripada gelombang [a]). Para pedagang Swing juga boleh mencuba kedudukan ini, walau bagaimanapun mereka harus mengekalkan kedudukan membeli disepanjang jalan ke arah tahap 1.1512, di mana kami beranggapan bahawa gelombang Z (berwarna merah) sepatutnya menamatkan kitaran.
Sokongan dan Rintangan(S3) 1.0943, (S2) 1.0998, (S1) 1.1031, (PP) 1.1086, (R1) 1.1119, (R2) 1.1174, (R3) 1.1207.�
Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 1.1040 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 1.0905 dan Take Profit pada tahap 1.1330 adalah dicadangkan.
