logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/IDR untuk 26 Februari, 2014

Analisis Teknikal USD/IDR untuk 26 Februari, 2014

Analisis Teknikal USD/IDR untuk 26 Februari, 2014

USD/IDR kini dilihat mempunyai momentum yang diperkukuhkan dengan baik berbanding mata wang USD akibat daripada beberapa faktor seperti berikut: 1. Dasar Rangsangan Fed Jannet Yallen.
2. JSX (Bursa Saham Jakarta) melantun semula harga telah menyebabkan aliran masuk modal untuk Indonesia.
Sepertimana yang telah kita sedia maklum, pasangan mata wang USD/IDR mempunyai hubungan yang positif dengan indeks yang telah dipengaruhi oleh Dow, Nikkei, Hangsheng dan juga indeks Strait Times. Pada hari ini, pasangan mata wang mata wang ini dilihat mempunyai kekuatan momentum yang baik menuju ke tahap 11.380 (rendah), tetapi selepas tahap 11.380, pasangan mata wang USD/IDR ini akan kembali berdagang pada tahap 11.635 sekali lagi, dan berdasarkan pada Carta Lilin harian, pasangan ini telah pun membuat pembentukan corak 'hanging man'. Keadaan ini berlaku ekoran daripada pasaran saham Indonesia yang mempunyai isu teknikal dan kian menurun ke dalam zon merah. Seperti yang kita tahu, sejak 17 Feb 2014 lalu, banyak aliran masuk modal telah datang ke Indonesia terutama dalam Pasaran Wang, dan ia adalah normal sekiranya mata wang ini mempunyai sedikit penarikan semula harga.
Selagi pasangan mata wang USD/IDR ini tidak menembusi dan menutup di atas tahap 11.692.45, maka mata wang ini dijangkakan akan berdagang di antara 38.2 % hingga 61.8 % kawasan Fibonacci kawasan (11.692.45 - 11.332.55), sebaliknya, jika pasangan mata wang ini menembusi dan menutup di bawah tahap 11.332.55, maka harga berkemungkinan akan jatuh ke tahap 78.6% (11.076.35)

Disclaimer:

Dagangan Forex (pertukaran asing) pada margin membawa ke tahap risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk kesemua pelabur. Tahap leverage yang tinggi juga boleh digunakan untuk dagangan anda. Sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalam pertukaran mata wang asing, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif pelaburan anda, tahap pengalaman, dan keinginan mengambil risiko. Terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan awal anda dan oleh kerana itu anda seharusnya tidak melabur wang sekiranya anda tidak sanggup untuk menanggung rugi. Anda harus berhati-hati dengan segala risiko yang berkaitan dengan dagangan pertukaran asing, dan dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan sendiri sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan