logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 Februari, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 Februari, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 Februari, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan berdagang dengan kecenderungan kenaikkan harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif; dan penjualan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY melemah. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah terjejas ekoran daripada permintaan franc semasa pasangan EUR/CHF melemah. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana stokastik telah beralih kepada aliran kenaikkan harga di wilayah terlebih jual, bar histogram MACD kini negatif.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8855 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.883. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.893. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.895. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.888.


Tahap Rintangan:
0.893
0.895
0.897

Tahap Sokongan:
0.8855
0.883
0.88

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan