logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 27 Februari, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 27 Februari, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 27 Februari, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD dijangkakan akan berdagang dengan kecenderungan kenaikkan harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang positif, harga komoditi yang lemah dan penjualan doalr NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi di China. Tetapi sentimen dolar NZ ini telah ditenangkan oleh lebihan dagangan New Zealand pada bulan Januari yang mencatatkan jumlah lebih besar, iaitu sebanyak $ 306 milion (berbanding NZ $ 221 milion pada ramalan). Kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini juga telah terjejas ekoran daripada permintaan mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD melemah dan pendirian agresif Bank Rizab New Zealand terhadap dasar monetari. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, walau bagaimanapun stokastik kini berada di dalam aliran penurunan harga.


Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.839 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.843. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8240. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8205. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.828.

Tahap Rintangan:
0.839
0.843
0.846

Tahap Sokongan:
0.824
0.8205
0.8165

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan