Pasangan mata wang ini telah menembusi sokongan kuat pada tahap 0.8800 pada hari Jumaat. Ia telah mencatatkan tahap rendah pada 0.8878. Pasangan mata wnag ini sedang didagangkan di dalam corak penurunan harga. Semasa sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini didagangkan pada tahap 0.8795. Aliran penurunan harga yang selanjutnya dijangkakan di bawah tahap 0.8770 ke arah tahap 0.8648 dan 0.8568. Pasangan mata wang ini sedang didagangkan di bawah semua purata pergerakkan jangka pendek, cenderung terhadap aliran penurunan harga. Berdasarkan pada carta setiap jam, RSI menyatakan perbezaan yang positif, supaya kita boleh menjangkakan bahawa akan terdapat beberapa penarikan semula harga daripada tahap harga semasa. Pada asas urusniaga harian, tahap 0.8778 ini adalah merupakan tahap sokongan yang kuat. Manakala tahap 0.8770 pula bertindak sebagai tahap aliran penentu.
S1 0.8778 R1 0.88195S2 0.8770 R2 0.88415

Pasangan mata wang ini diramalkan akan kembali berdagang di dalam aliran kenaikkan harga sekiranya harga didagangkan di atas tahap 0.8980.

Panik dibawah tahap 0.8700, menuju ke tahap baru yang lebih rendah.
