
Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY dijangkakan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh aliran safe heven JPY dan dana pembiayaan perdagangan JPY yang terbuka di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko sebagaimana kebimbangan meningkat ekoran daripada campur tangan tentera Rusia terhadap negara Ukraine. Penurunan harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah didorong oleh sentimen dolar yang negatif (Spot ICE Indeks dolar terdahulu mencatatkan 79.84 berbanding 80.28 pada awal hari Jumaat) selepas semakan KDNK Amerika Syarikat bagi Suku ke-4 menunjukkan penurunan yang mendadak kepada pelarasan bermusim kadar tahunan +2.4 % daripada anggaran asal +3.2 %, lebih kecil daripada ramalan kenaikkan 0.1 % di dalam Indeks jualan rumah belum siap Amerika Syarikat kepada 95.0 pada bulan Januari (berbanding ramalan +1.4 %) dan penjualan eksport Jepun. Tetapi sentimen dolar AS didagangkan dengan tenang akibat daripada kejutan di dalam laporan indeks sentimen pengguna Universiti Michigan AS bagi bulan Februari yang menunjukkan peningkatan kepada 81.6 berbanding bacaan awal 81.2 (berbanding ramalan tidak berubah pada 81.2 ) dan kenaikan di dalam PMI ISM AS - Chicago kepada 59.8 pada bulan Februari berbanding 59.6 pada bulan Januari. Kerugian bagi pasangan mata wang USD /JPY ini juga diterjejas akibar permintaan dari pengimport Jepun dan perlonggaran dasar monetari oleh Bank Jepun.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderugan negatif sebagaimana stokastik telah jatuh daripada wilayah terlebih beli, MACD melintasi aliran penurunan harga terhadap purata pergerakkan eksponen.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 100.70. Titik pangsi kekal berada pada tahap 101.70. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 101.90 dan sasaran kedua pada tahap 102.20.
Tahap Rintangan:
101.90
102.20
102.45
Tahap Sokongan:
101
100.70
100.55
