Indeks Dollar dilihat telah menembusi arah bawah corak bendera penurunan harga dan kini harga sedang mensasarkan ke tahap 79 bagi dagangan jangka pendek. Rintangan bagi perdagangan jangka pendek terletak pada tahap 80.20 dan 80.40. Kedua-dua tahap ini adalah seperti yang dinayatkan pada carta di bawah dengan dua garisan aliran penurunan condong.

Indeks Dollar terus membentuk corak tahap rendah yang lebih rendah dan tahap tinggi yang lebih rendah. Penembusan harga di bawah tahap 79.70 akan mengukuhkan lahi gambaran penurunan harga sebagaimana tahap rendah ini adalah merupakan tahap sokongan jangka pendek.

Carta mingguan menunjukkan bagaimana indeks didagangkan di bawah Ichimoku cloud dan harga kini sedang menembusi garisan aliran menaik condong jangka panjang yang terbentuk sejak April 2011. Kawasan perdagangan semasa kini berada di sekitar tahap 80, dan tahap ini adalah sangat penting bagi aliran dagangan jangka panjang. Tidak lama lagi kita akan mengetahui sekiranya lantunan harga ini boleh berlaku atau kegagalan sokongan dan kita harus menjangkakan bahawa harga akan jatuh ke arah tahap 73-74. Tahap rintangan penting 80.60 harus ditembusi oleh aliran kenaikkan harga dan tahap sokongan yang terletak pada 79.70 harus mengukuh. Kini kami kekal neutral sebagaimana indeks sedang menghampiri tahap sokongan jangka panjang yang sangat penting. Prospek dagangan jangka pendek masih lagi aliran penurunan harga selagi indeks didagangkan di bawah 80.50.
