logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 05 Mac, 2014

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 05 Mac, 2014

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 05 Mac, 2014

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Pasangan mata wang EUR/JPY kini dilihat sedang menguji rintangan yang terletak pada tahap 140.00 sekali lagi sebelum harga kembali didagangkan di dalam aliran penurunan harga. Penolakan harga ke atas tahap 141.00 akan membawa harga berdagang di tahap 142.00/50 (Fibonacci rintangan 0.618). Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual, dengan menetapkan risiko kekal pada tahap 143.00.

2. Rintangan yang paling hampir bagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap 142.00/143.00, diikuti dengan tahap 145.50, manakala sokongan pula tersebar melalui tahap 136.50 (pertengahan), diikuti masing-masing dengan tahap 134.00, 131.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah.

3. Struktur ini menunjukkan bahawa harga berkemungkinan akan menguji tahap 142.00 sebelum menterbalikkan aliran ke tahap yang lebih rendah. Sementara itu, penembusan harga melalui tahap 143.00 akan membawa harga berdagang pada tahap 145.50.

Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual, dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap 143.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan