Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah membuat lantunan semula di atas tahap sokongan 1.6663 dan pasangan mata wang kini sedang cuba untuk meneruskan pergerakkan menaik ke arah tahap rintangan yang terletak pada 1.6766. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap rintangan 1.6851. Buat masa ini, kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli pada pasangan ini sebagaimana GBP/USD kini telah mengukuh di dalam kecenderungan kenaikkan harga semasa. Petunjuk MACD kini terletak di wilayah neutral.

Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah mengukuh di atas tahap 1.6700, jadi oleh itu pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakkan menaik hingga ke arah tahap rintangan 1.6822, yang mana tahap tersebut terletaknya satu garisan aliran menaik. Walau bagaimanapun, harga diramalkan kaan jatuh ke tahap sokongan 1.6667 sekiranya harga membuat lantunan semula penurunan harga ke tahap semasa. Petunjuk MACD akini dilihat sedang berada didalam wilayah positif.

Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang membentuk corak kenaikkan harga berhampiran pada titik kawalan pada tahap 1.6725, selepas pasangan mata wang GBP/USD mengukuhkan kedudukannya di atas sokongan pada tahap 1.6700. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap rintangan yang terletak pada 1.6750, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 1.6800. Sebaliknya, jika harga berjaya menembusi pada tahap sokongan 1.6700, maka harga dijangkakan akan jatuh ke tahap 1.6629. Petunjuk MACD kini berada di dalam zon terlebih beli dan pasangan GBP/USD kekal didagangkan di atas SMA 200.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6750, take profit di tahap 1.6800, dan stop loss pada tahap 1.6700.
