EUR/USD: Berbeza dengan apa berlaku pada pasangan JPY, pasangan mata wang EUR/USD dilihat tidak memihak pada mana-mana kecenderugan aliran harga dengan ketara, walaupun pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan bergerak ke arah atas apabila momentum tidak kembali ke dalam pasaran. Ia adalah tindakan yang selamat dengan beranggapan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan menaik selagi harga didagangkan di atas garisan sokongan pada tahap 1.3700.

USD/CHF: Dari tahap sokongan 0.8800, pasangan mata wang ini telah bergerak ke arah atas lebih 90 pips. Kenaikkan harga yang berlanjutan kini telah menimbulkan ancaman kepada senario yang kurang memberangsangkan pada baru-baru ini dan apa jua penembsuan harga di atas tahap sokongan 0.8900 akan menandakan pelanggaran senario sebagaimana isyarat membeli baru telah kelihatan. Pada masa ini, EMA 11 dilihat telah melintasi EMA 56 ke arah atas.
GBP/USD: Sepertimana yang telah dijangkakan, kelihatan terdapat penembusan kenaikkan harga pada instrumen perdagangan mata wang ini, meskipun penembusan ini tidak begitu ketara. Pada masa ini, terdapat sedikit penarikan semula penurunan harga yang juga akan berada di wilayah pengumpulan pada tahap 1.6650 (harga perlu menguji). Wilayah pengumpulan ini adalah merupakan pintu masuk yang terbaik bagi para pedagang yang sedang mencari perdagangan panjang baru.
USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY dilihat telah menembusi sasaran awal kami pada tahap 102.50, dan ia kini sedang cuba untuk menembusi sasaran kedua kami yang terletak pada tahap penawaran 103.00. Para pedagang juga harus diingatkan agar berhati-angka dengan data fundamnetal yang akan dikeluar pada hari ini.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY kini telah memasuki pasaran kenaikkan harga dan ia berkemungkinan besar akan melanjutkan pergerakkan menaik. Zon harga yang terletak pada tahap 141.00 kini sedang dicabar dan pasaran akan mencapai zon bekalan yang seterusnya pada tahap 141.50.
