logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 10 Mac, 2014

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 10 Mac, 2014

EUR/USD: Selepas mengalami ketidaktentuan aliran untuk beberapa ketika, pasaran kini telah mewujudkan kecenderungan kenaikkan harga. Garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.3900 telah diuji sebelum harga bergerak ke tahap pengukuhan sementara. Garisan rintangan ini akan diuji sekali lagi dan harga berkemungkinan akan cuba untuk bergerak ke arah sasaran utama kami yang terletak pada tahap harga 1.4000.
Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 10 Mac, 2014

USD/CHF: Kemerosotan mata wang USD yang mendadak telah menyebabkan penurunan harga yang serius pada pasangan mata wang USD/CHF. Pada ketika ini, pertarungan di antara aliran kenaikkan harga dan aliran penurunan harga kelihatn begitu sengit, walau bagaimanapun aliran kenaikkan harga gagal untuk mengatasi aliran penurunan harga. Sasaran mudah/awal pada minggu ini terletak pada tahap sokongan 0.8750. Apabila harga menguji tahap sokongan ini, harga berkemungkinan akan melantun sementara ke arah atas, tetapi terdapat juga kemungkinan bahawa harga akan diuji sekali lagi dan menembusi ke arah bawah.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 10 Mac, 2014

GBP/USD: Bagi pasangan mata wang ini, tidak terdapat aliran kenaikkan harga yang ketara, walau bagaimanapun isyarat di dalam pasaran masih lagi menunjukkan aliran menaik. EMA 11 kini berada di atas EMA 56, manakala tempoh RSI 14 tidak lagi berada di bawah paras 50. Diramalkan akan terdapat penembusan kenaikkan harga tidak lama lagi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 10 Mac, 2014

USD/JPY: Minggu lalu, selari dengan ramalan bahawa akan terdapat pergerakan harga yang ketara ke atas pasangan mata wang JPY. Pasangan mata wang ini telah bergerak naik dengan ketara menembusi tahap-tahap bekalan yang seterusnya. Harga kini ditarik semula di dalam pasaran, walau bagaimanapun aliran menaik akan berlanjutan pada minggu ini. Penarikan semula harga bagi pasangan USD/JPY masih boleh dikawal pada tahap permintaan 103.00 dan 102.50.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 10 Mac, 2014

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini telah melonjak naik melebihi daripada 450 pips pada minggu lalu. Kini, penarikan penurunan harga sepatutnya berlaku hanya untuk sementara sahaja. Pasaran berpotensi untuk melanjutkan pergerakkan menaik dan memasuki ke dalam zon bekalan yang terletak pada tahap 144.00.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 10 Mac, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan