
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Sehingga kini, emas dilihat tidak berubah dan harga masih lagi didagangkan di dalam julat yang kecil iaitu di antara tahap harga $ 1,330.00 dan $ 1,350.00 pada masa ini. Penembusan julat kini sedang berlaku dan ia seharusnya kuat, dengan kecenderungan aliran penurunan harga. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual baru di sekitar tahap harga $ 1,350.00/51.00, dan pada masa yang sama mengekalkan jualan yang telah diambil sebelum ini juga. Risiko kekal terletak pada tahap harga $ 1,359.50.2. Rintangan serta-merta bagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap harga $ 1,361.00, diikuti oleh $ 1,375.00, manakala tahap sokongan pula tersebar melalui tahap harga $ 1,330.00/20.00, dan masing-masing diikuti oleh tahap harga $ 1,280.00, $ 1,230.00/40.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa rintangan mendatar kini berada pada tahap $ 1,352.00 Harga perlu kekal didagangkan di bawah tahap ini pada masa sekarang. Walau bagaimanapun, penolakan harga melalui tahap harga $ 1,354.00 sepatutnya menguji tahap yang lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual pada masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $1,359.50, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
