
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Perak telah melantun dari tahap harga $ 20.50/60, yang mana tahap ini juga adalah merupakan sokongan Fibonacci 0.382 bagi keseluruhan kenaikkan harga daripada sub harga $19.00 hingga ke tahap harga $ 22.30. Sepertimana yang dapat anda lihat di sini, garisan aliran kaunter masih mengukuh dan hanya penembusan kenaikkan harga yang berpotensi untuk mengekalkan keyakinan di dalam aliran kenaikkan harga semasa. Pada masa ini, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual dan juga memerhatikan peluang mnjual yang seterusnya di sekitar tahap harga semasa ($ 21.20/30).
2. Rintangan yang paling hampir bagi perak dilihat terletak pada tahap $ 21.75/22.30 (pertengahan), dan diikuti oleh tahap harga $23.00, manakala sokongan pula tersebar melalui tahap harga $ 20.50, diikuti masing-masing oleh tahap $ 20.00, $ 19.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa Perak kini sedang ditarik semula ke arah tahap harga $ 20.00 melalui keadah pembetulan. Strategi perdagangan jangka pendek mencadangkan kepada para pedagang untuk menjual semasa kenaikkan harga.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual, gerakkan kedudukan Stop Loss anda ke titik pulang modal, dan menetapkan sasaran pada tahap $20.00
Semoga berjaya!
