
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan di dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh peningkatan penghindaran risiko pelabur dan penjualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini adalah disebabkan oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan perlonggaran dasar kewangan oleh BOJ. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, purata pergerakkan 5 dan 15 kian meningkat, walau bagaimanapun stokastik telah beralih pada zon terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 170; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 169.35. Titik pangsi kekal berada pada tahap 171.5. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 172 dan sasaran kedua pada tahap 172.9.
Tahap Rintangan:
172
172.90
173.60
Tahap Sokongan:
170
169.35
168.75
