Pasangan mata wang AUD/USD kini dilihat sedang didagangkan di dalam zon yang tidak selesa. RBA mengekalkan penanda aras kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat bulan Mac. Kita telah melihat pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak RBA untuk melemahkan nilai mata wang, di mana mata wang yang mempunyai nilai terlalu tinggi dianggap akan menjejaskan ekonomi. Perhatian para pedagang dilihat lebih tertumpu pada minit mesyuarat dasar monetari yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Selasa.
Gambaran Teknikal -
Gambaran Penurunan Harga-
Pasangan mata wang ini dilihat telah berusaha untuk menutup di atas tahap tinggi 0.9085 yang telah menetapkan pada 13 Januari lalu di dalam carta mingguan dan harian.
Pasangan mata wang ini berhadapan dengan rintangan yang kuat pada tahap Fib. 38.2 di dalam carta harian.
Berdasarkan pada carta mingguan, pasangan mata wang kini sedang didagangkan berhampiran pada garisan aliran menurun. Persediaan perubahan aliran utama terletak pada tahap ini.
Sehingga harga menutup di atas tahap 0.9085, ambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga.
Pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi pada pembentukan baji menaik.

Gambaran Penurunan Harga -
Pasangan mata wang ini dilihat telah berjaya menembusi di atas purata dagangan jangka pendek.
Berdasarkan pada carta setiap jam, carta harian, dan mingguan, RSI menyatakan arah aliran yang positif.
Kawasan di antara tahap 0.8922-0.8890 adalah merupakan zon sokongan, penembusan harga di bawah tahap ini akan melanjutkan aliran penurunan harga bagi pasangan mata wang ini.
Kawasan disekitar tahap harga 0.9152-0.9166, terdapat zon rintangan, tahap sasaran terletak pada 0.9246.

Cadangan Perdagangan-
Urusniaga Harian - Ambil pesanan membeli di atas tahap 0.9025 dengan menetapkan sasaran pada tahap 0.9095. Sekiranya harga gagal untuk menembusi pada tahap 0.9025, maka harga berkemungkinan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah ke arah 0.8979.
Kedudukan Mingguan - Ambil pesanan menjual sehingga harga menutup di atas tahap 0.9085, isyarat pertama penurunan harga akan terletak di bawah tahap 0.8923, penurunan harga yang selanjutnya hanya di bawah tahap harga 0.8890 menuju ke arah tahap 0.8730 dan 0.8659.
