logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 17 Mac, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 17 Mac, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 17 Mac, 2014

Zon kesesakan terdahulu yang terletak di antara tahap harga 1.0850 dan 1.0960 telah menyediakan sokongan yang kuat semasa ujian semula harga pada 19 Februari yang lalu. Ia telah membawa harga didagangkan semula ke arah tahap 1.1190 di mana pasangan mata wang USD/CAD telah mendahului pada 21 Februari lalu dan mewujudkan corak pembalikan 'Double top' yang berkemungkinan.

Tahap harga 1.0950 dan 1.0850 bukan sahaja bersamaan dengan zon kesesakan terdahulu tetapi juga bersamaan dengan garisan aliran menaik yang dimulakan pada September 2013, oleh itu pasaran berkemungkinan akan menawarkan peluang MEMBELI yang baik di sekitar tahap 1.0900 dengan stop loss sebagai penutupan harian di bawah tahap 1.0850.

Untuk dagangan jangka panjang, permintaan kenaikkan harga telah dinyatakan pada tahap 1.0960 yang berkemungkinan akan menolak harga untuk bergerk menuju ke arah tahap 1.1235 yang bersamaan dengan 50% Fibonacci.

Pada masa ini, pasangan mata wang ini secara kasar terperangkap dalam zon kesesakan baru yang terletak di antara tahap harga 1.0960 dan 1.1190.

Penembusan kenaikkan harga adalah lebih cenderung untuk berlaku. Walau bagaimanapun, sesetengah pembetulan penurunan harga tidak terkecuali terutama selepas beberapa cartalilin harian sebelum ini menunjukkan kebimbangan pasaran.

Secara umumnya, apa jua pergerakan pembetulan penurunan harga perlu terkandung di atas tahap 1.1000. Jika tidak, struktur lanjutan kenaikkan harga akan terancam.

Adalah penting untuk para pedagang mengambil perhatian bahawa penetapan harian di atas tahap 1.1180-1.1235 berpotensi untuk membuka jalan bagi harga bergerak menuju ke arah tahap rintangan yang seterusnya di sekitar tahap 1.1650 yang bersepadanan dengan 61.8 % Fibonacci yang jelas di dalam carta mingguan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan