DAX Jerman menembusi corak H&S pada urusniaga harian. DAX Jerman ini juga telah menembusi garisan aliran menaik tahunan dan 'neckline'. Semasa sesi dagangan hari ini, DAX telah menembusi 'neckline' dan purata pergerakkan EMA200 pada urusniaga harian, dan ia juga dilihat telah berjaya menutup di atas tahap EMA200 tersebut. Kini, harga sedang bergerak menuju ke arah tahap penembusan yang terletak pada taahp 9.285. Penutupan harian di atas tahap 9.285 akan menghasilkan beberapa perlindungan pendek di dalam pasaran ke arah tahap 9,474. Tahap rendah hari Jumaat yang terletak pada tahap 8,914 adalah sangat penting untuk hari yang akan datang. Penembusan harga di bawah tahap 8,914 akan menyebabkan penurunan harga yang dramatik ke arah tahap 8,490 dan 8,100. Berdasarkan pada carta harian, RSI kini sedang menyatakan isyarat membeli. Diharapkan terdapat penarikan semula harga yang berpotensi berlaku di dalam tempoh masa terdekat ini.
