Di dalam analisis semalam, kami ada menyatakan bahawa isyarat menjual jangka pendek akan kelihatan sekiranya harga Emas jatuh di bawah $ 1,378. Sasaran pertama kami terletak pada tahap $ 1,368 dan sasaran kedua pula adalah penarikan semula 50 % pada tahap harga $ 1,360. Kedua-dua tahap sasaran ini telah ditembusi. Aliran harga jangka pendek kekal ke arah bawah. Dagangan jangka pendek mencerun ke atas garisan aliran yang telah ditembusi. Emas kini sedang berada di dalam fasa pembetulan harga.

Sokongan utama seperti yang dinyatakan di dalam carta terletak di atas tahap harga $1,350-45. Tahap ini adalah bersamaan dengan Ichimoku Cloud, juga garisan aliran sokongan biru jangka panjang. Penarikan semula Fibonacci 61.8 % yang terletak pada tahap harga $ 13,52 berkemungkinan besar akan ditembusi. Harga emas mempunyai rintangan jangka pendek ]ada tahap $ 1,370 dan harga perlu menembusi di atas tahap ini bagi membolehkan harga menguji semula tahap harga $ 1,380.

Aliran harian masih mengukuh meskipun kita menyaksikan terdapat perubahan arah aliran jangka pendek pada tahap harga $ 1,390 . Sokongan utama bagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap $ 1,330-50. Penembusan harga di bawah tahap sokongan utama ini berpotensi membuka jalan bagi harga meneruskan pergerakkan menuju ke arah $ 1,300 - $ 1,270. Aliran harga jangka panjang kekal menaik. Sokongan jangka panjang dilihat terletak pada tahap $ 1,250. Tahap sokongan utama ini adalah penting untuk mengukuhkan sasaran 'double bottom' kita yang terletak pada tahap $ 1,500 - $ 1,600 untuk mendapatkan peluang.
