Fed memaklumkan bahawa ia akan mengurangkan kadar pembelian bon kepada $ 55 bilion setiap bulan, dipecahkan sebanyak $ 25 bilion pada MBS dan $ 30 bilion untuk perbendaharaan. Seperti yang telah dijangkakan, bank pusat menurunkan 6.5 peratus kadar pengangguran sebagaimana faktor dalam menentukan laluan kadar faedah masa hadapan. Fed memaklumkan bahawa ia akan menilai peningkatan ke arah mencapai matlamat di dalam kadar pengangguran dan inflasi apabila menentukan masa untuk menaikkan kadar.
Gambaran Teknikal -
Dolar AS melonjak pada sesi dagangan hari semalam. Harga dilihat telah mengukuh berhampiran pada tahap yang lebih rendah selama 4 hari berturut-turut dan melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Didalam laporan kami sebelum ini bertarikh 18 Mac 2014, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli dengan menetapkan sasaran pada tahap 80.12, 80.40 dan 80.75. Kami masih kekal menasihatkan kepada para pedagang untuk membeli pada asas kedudukan.
Gambaran Kedudukan -
Harga kini sedang menghadapi rintangan pada EMA40, iaitu pada tahap 80.12; apabila ia menembusi pada tahap ini, kita akan dapat melihat tahap 80.37 (SMA50) dan 80.75 (EMA200) didalam tempoh terdekat ini. RSI dan stokastik menyokong gambaran saya ini. Penutupan harian di atas tahap 80.37 akan mengesahkan bahawa aliran kenaikkan telah kembali ke dalam pasaran, dan penutupan harian di atas tahap 80.75 (EMA200) akan menunjukkan pembalikan arah aliran lengkap ke arah tahap yang lebih tinggi di antara tahap 81.32-81.39 dan 81.46.

Pada aliran menurun, sekiranya harga menembusi pada tahap 79, maka ia akan membawa harga menjunam ke tahap 78.90, 78.6, secara serta merta, di mana ia adalah kedudukan pembeli.
S1 79.60 R1 80.11
S2 79.27 R2 80.38
S3 78.60 R3 80.75
Urusniaga Harian-
Harga berhadapan dengan rintangan yang kuat pada EMA200 (80.05), dan petunjuk momentum harian tidak mencadangkan para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada harga pasarab semasa. Sila tunggu urusniaga harga rendah ke arah tahap 79.9-79.60 dan kemudiannya ambil pesanan membeli.
S1 79.59 R1 80.05
S2 79.27 R2 80.12
