
Turutan dasar menaik telah dibangunkan pada carta harian. Ini menandakan bahawa garisan aliran menaik yang ditubuhkan pada bulan September 2013 masih utuh.
Tahap harga yang terletak 1.3900 yang bersamaan dengan 100% Lanjutan Fibonacci telah berjaya ditembusi beberapa hari yang lalu.
Setelah mencatatkan tahap tinggi pada 1.3965, pasangan mata wang EUR/USD ini telah menunjukkan kebimbangan yang berterusan untuk beberapa hari. Ini telah dinyatakan didalam beberapa carta harian sebelumnya.
Penetapan semual harga di bawah tahap 1.3900 telah membawa pasangan mata wang ini secara langsung menuju ke arah tahap 1.3840 yang mana ia juga telah ditembusi. Pasangan mata wang kini dilihat sedang menuju ke arah zon harga 1.3700-1.3650 selagi tahap rintangan semasa yang terletak pada tahap 1.3820 dipertahankan oleh aliran penurunan harga.
Pasaran berpotensi untuk menawarkan kemasukan MEMBELI yang sah semasa ujian semula harga pada garisan aliran menaik yang juga bersamaan dengan zon permintaan terkenal pada tahap 1.3700-1.3650. SL perlu ditetapkan di bawah tahap 1.360.
