logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 21 Mac, 2014.

Analisis Teknikal Emas untuk 21 Mac, 2014.

Analisis Teknikal Emas untuk 21 Mac, 2014.

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Emas dilihat akan melantun ke kanan daripada garisan aliran sokongan garis dari tahap $ 1,320.00. Cartalilin semalam adalah Doji, diikuti dengan cartalilin kenaikkan harga pada hari ini (masih lagi belum lengkap). Sebagaimana garisan aliran menaik kini telah diikuti, harga berpotensi untuk melantun ke taahp tinggi baru atau sekurang-kurangnya ke tahap $ 1,370.00 daripada tahap harga semasa. Persediaan perdagangan agresif mencadangkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan membeli 50%, risiko kekal pada tahap harga $ 1,315.00. Manakala, persediaan konservatif akan kekal mendatar pada masa sekarang.

2. Rintangan serta-merta dilihat pada tahap $ 1,395.00, diikuti oleh tahap harga $ 1,410.00, manakala sokongan tersebar melalui tahap $ 1,320.00 (pertengahan),dan masing-masing diikuti oleh tahap $ 1,310.00, $ 1,280.00, $ 1250/60 dan seterusnya tahap yang lebih rendah.

3. Struktur ini mendedahkan bahawa aliran kenaikkan berpotensi untuk menolak harga sekurang-kurangnya ke arah tahap harga $ 1,370.00/80.00, jika tidak lebih tinggi dari sini. Penembusan harga pada garisan aliran yang semakin meningkat diperlukan untuk mengesahkan penurunan harga yang seterusnya ke arah tahap $ 1,250.00.


Cadangan Perdagangan:

1. Persediaan agresif adalah dengan mula mengambil 50% posisi membeli, dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap $1,315.00, dan sasaran adalah terbuka.

2. Persediaan konservatif pula adalah kekal mendatar, dan perhatikan peluang membeli pada tahap yang lebih rendah.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan