Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah menembusi kesemua tahap sokongan dan ia kini sedang didagangkan dibawah purata pergerakkan jangka sederhana. Pasangan mata wang kini berada di dalam aliran menurun daripada tahap 1.6786 menuju ke arah tahap rendah 1 bulan. Pada masa ini, pasangan mata wang sedang didagangkan berhampiran pada garisan aliran utama. RSI bukan lagi berada di dalam mod menjual pada carta harian. Semasa sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini diniagakan pada tahap harga 1.6488. Manakala pada carta Masa (1H & 4H) RSI kini sedang menyatakan isyarat membeli. Pasangan mata wang kini sedang berada di dalam pengukuhan harga, kita akan dapat melihat kenaikan harga yang ketara dalam 1 atau 2 hari urus niaga (Penarikan semula harga). Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli pada tahap harga semasa atau semasa perspektif urusniaga harga rendah 1 atau 2 ke arah tahap harga 1.6529, 1.656, dan 1.659.

Pada aliran menurun, sekiranya pasangan mata wang ini menembusi garisan aliran yang lebih rendah, maka harga diramalkan akan bergerak sehingga ke tahap 1.6426, 1.6383, dan 1.6252. Tahap sokongan utama kelihatan terletak pada tahap 1.6252 dan 1.6561

