logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Mac, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Mac, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Mac, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan didagangkan di dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh aliran 'safe haven' JPY dan keterbukaan dana pembiayaan perdagangan JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (Tolok ketakutan VIX meningkat 6.49% kepada 14.93, S&P jatuh 0.7% pada hari semalam) pada prospek sekatan yang lebih ketat oleh Rusia terhadap krisis Ukraine ekoran daripada ucapan Presiden Obama di Brussels. Kadar harga bagi pasangan USD/JPY ini juga telah dilemahkan lagi oleh hasil Perbendaharaan AS dan jualan eksport Jepun yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, sentimen dolar AS ini telah ditenangkan oleh peningkatan yang lebih kukuh daripada ramalan 2.2% bagi pesanan barangan tahan lama bulan Februari Amerika Syarikat (berbanding ramalan yang mengunjurkan +0.8%), kenaikan PMI flash services Markit AS kepada 55.46 pada bulan Mac berbanding 53.34 pada bulan lalu. Kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah dipengaruhi oleh permintaan dari pengimport Jepun dan perlonggaran dasar monetari oleh BOJ.

Ulasan Teknikal:
Carta harian kini dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah mendatar, stokastik adalah neutral, dan purata pergerakkan 15 hari kini mendatar.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.75; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.45. Titik pangsi kekal berada pada tahap 102.45. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.65 dan sasaran kedua pada tahap 102.85.

Tahap Rintangan:
102.65
102.85
103.15

Tahap Sokongan:
101.75
101.45
101

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan