
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang NZD/USD ini kini boleh dikatakan sedang ditarik semula, daripada tahap tinggi ayunan baru-baru ini, iaitu pada tahap 0.8700. Sila ambil perhatian bahawa rantau ini pernah mencetuskan pembalikan arah aliran harga utama sebelum ini. Gambaran dagangan jangka pendek menunjukkan bahawa aliran kenaikkan harga hendaklah terus mengawal sehingga harga didagangkan di atas tahap 0.8500. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanna membeli di sekitar tahap harga 0.8580 (sahaja) pada pembalikan aliran menaik segera.
2. Sokongan yang paling hampir bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 0.8500/20, dan diikuti oleh tahap 0.8420, 0.8250 dan seterusnya tahap yang lebih rendah manakala tahap rintangan pula dilihat masing-masing terletak pada tahap 0.8700/50 dan 0.8800.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi dan ke tahap rendah yang lebih tinggi sehingga harga didagangkan di atas tahap harga 0.8500. Sebaliknya, penembusan harga pada tahap 0.8500 akan menunjukkan pembentukan tahap tinggi dan kenaikkan harga, pesanan menjual perlu diambil sejurus selepas itu.
Cadangan Perdagangan:
Perhatikan peluang untuk membeli pada tahap yang lebih rendah. Tahap utama kekal berada pada tahap 0.8500.
Semoga berjaya!
