logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 31 Mac, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 31 Mac, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 31 Mac, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan di dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan ini telah didorong oleh sentimen yen yang lebih lemah menjelang kenaikan cukai jualan Jepun kepada 8% berbanding 5% pada 1 April; dana pembiayaan perdagangan yen di tengah-tengah selera risiko pelabur yang positif (tolok ketakutan VIX susut 1.44 % kepada 14.41; S & P meningkat sebanyak 0.46% pada hari Jumaat) ekoran daripada spekulasi bahawa pengubal polisi di China akan mengambil langkah-langkah rangsangan untuk merangsang ekonomi selepas Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, pertumbuhan ekonomi negara perlu dikekalkan pada satu "kadar yang munasabah". Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah disokong oleh permintaan dari pengimport Jepun dan amanah pelaburan; perlonggaran dasar kewangan Bank of Japan dan kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi; sentimen dolar yang positif (Indeks Spot ICE dolar terakhir 80.19 berbanding 80.13 pada awal hari Jumaat selepas kenaikkan yang lebih kukuh berbanding ramalan dicatatkan iaitu 0.3 % pendapatan peribadi AS bagi bulan Februari (berbanding ramalan yang mengunjurkan sebanyak +0.2 %) , peningkatan sebanyak 0.3 % dalam perbelanjaan peribadi pada bulan Februari dan peningkatan 1.1 % dalam indeks harga PCE setiap tahun pada bulan Februari. ini menunjukkan bahawa ekonomi AS mungkin akan kecairan sebelum membeku, musim sejuk bersalji di seluruh negara. Tetapi kenaikan bagi pasangan mata wnag USD/JPY ini telah terjejas ekoran daripada eksport Jepun.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, isyarat parabola kenaikkan harga stop and reverse telah ditembusi pada hari Jumaat, purata pergerakkan lima hari kini semakin meningkat di atas MA 15 hari.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 103.45 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 103.75. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 102.40. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 101.90. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 102.60.

Tahap Rintangan:
103.45
103.75
104

Tahap Sokongan:
102.40
101.90
101.35

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan