Laporan bulanan mengenai pekerjaan AS yang lebih besar dijadualkan akan dikeluarkan padaa hari ini. Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri meningkat sebanyak 16,000 kepada pelarasan bermusim 326,000, Jabatan Buruh memaklumkan pada hari Khamis. Pihak kerajaan kini sedang memantau laporan gaji bukan perladangan pada hari Jumaat dan ia dijangkakan akan mencatatkan kenaikkan sebanyak 200,000 pekerjaan bagi bulan lalu selepas meningkat sebanyak 175,000 pada bulan Februari. Pertukaran Emas Shanghai jatuh 0.48%. Emas mengalami tekanan selepas dolar AS memperoleh kekuatan. Peserta pasaran mendedahkan bahawa sentimen umum terhadap emas adalah agak lemah sekarang, "ulas UBS penganalisis Edel Tully.
Gambaran Teknikal-
Semasa perdagangan emas hari semalam, emas dilihat jatuh ke tahap rendah 7-minggu, walau bagaimanapun tahap sokongan yang terdahulu telah ditetapkan pada tahap $ 1,277.0. Bagi pedagang positional, anda boleh mengambil pesanan sebaik sahaja emas menutup di bawah tahap harga $ 1,279 untuk mensasarkan ke tahap $ 1,270, $ 1,275, $ 1,265, dan $ 1,261. Atau pada gambaran yang lain, berdasarkan pada wilayah terlebih jual pada carta setiap jam, sebaik sahaja harga bergerak ke tahap yang lebih tinggi ke arah $ 1,306 - $ 1,307, para pedagang boleh mengambil pesanan menjual dengan sl yang kecil pada tahap $ 1,308 pada asas penutupan. Pada aliran menaik, tahap $ 1,298 dan $ 1,397 adalah merupakan zon bekalan. Penutupan harian di atas paras $ 1,307 yang (SMA50), emas diramalkan akan bergerak menuju ke atas tahap $ 1,317, $ 1,320, dan $ 1327. Komoditi ini akan menerma gelombang positif hanya selepas harga menutup di atas tahap $ 1,342. Sehingga itu, apa jua kenaikan harga adalah peluang untuk anda mengambil pesanan menjual. Para penjual akan berpeluang untuk menjual di bawah tahap $ 1,279 atau pada tahap yang lebih tinggi, iaitu pada tahap harga $ 1,295, $ 1,298, dan $ 1,307.

Urusniaga Harian-
Berdasarkan pada carta 4H, emas kini dilihat sedang berhadapan dengan rintangan diantara tahap $1,287.20-$1,288.60. Para pembeli boleh mengambil pesanan membeli hanya diatas tahap $1,288.6 hingga ke tahap $1,294. Di atas tahap $1,298 ini, harga berkemungkinan untuk sesi urusniaga harian. Pada hari ini, sekiranya Emas gagal untuk menembusi pada tahap $1,294, maka harga akan terdedah pada sasaran yang lebih rendah $1,277, dibawah tahap ini, $1,270 dan $1,272 (urusniaga hairan). Para penjual boleh mengambil pesanan menjual pada tahap harga yang lebih tinggi $1,294 atau $1,298 atau dibawah tahap $1,281 dengan mensasarkan harga ke arah tahap $1,277.

Cadangan Perdagangan- cmp $1,284.80
Safe traders-
Ambil pesanan menjual di bawah tahap $1,281 dengan menetapkan sasaran pada tahap $1,277, $1,275, dan $1,272.
Ambil pesanan membeli pada tahap $1,289 dengan menetapkan sasaran pada tahap $1,294 dan $1,298.
Risky trades-
Ambil pesanan membeli pada tahap $1,277 dengan menetapkan sasaran pada tahap $1,288, $1,294 dan $1,298 (hanya diatas tahap $1,289, sasaran yang seterusnya akan kelihatan).
Ambil pesanan menjual di bawah tahap $1,277 dengan menetapkan sasaran pada tahap $1,270, $1,265, dan $1,261.
Sila gunakan satu strategi perdagangan selamat.
