logo

FX.co ★ Analisis Fundamental GBP/USD untuk 04 April, 2014

Analisis Fundamental GBP/USD untuk 04 April, 2014

Laporan mengenai sektor perkhidmatan British mencatatkan pertumbuhan yang sederhana bulan kelima berturut-turut pada bulan Mac, tetapi masih kekal mencukupi untuk menyokong jangkaan bahawa pertumbuhan keluaran dalam negara kasar harus mencecah sekitar 0.7 peratus pada suku pertama tahun 2014. Data menunjukkan, Perkhidmatan PMI merosot kepada 57.6 pada bulan Mac. Ini adalah merupakan paras terendah sejak Jun 2013, lebih rendah berbanding ramalan yang mengunjurkan kenaikkan sebanyak 58.5, dan penurunan daripada 58.2 bulan Februari. Penurunan ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih perlahan bagi keseluruhan sektor - pertumbuhan perniagaan baru turun kepada 58.5 berbanding 59.2 pada bulan Februari, manakala jumlah pekerjaan pula susut kepada 53.5 pada bulan Mac berbanding 55.6, dan jangkaan perniagaan mencecah empat bulan rendah 72.8 pada bulan Mac, jatuh daripada tahap 74.7 sebulan lebih awal.

Gambaran Teknikal-

Pada sesi perdagangan Asia, pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang menembusi sokongan yang terletak pada SMA50 ditahap 1.6587. Pasangan mata wang ini memadamkan 50% daripada keuntungan dari tahap 1.6465. Penutupan harian di bawah tahap ini akan menolak pasangan mata wang ini ke arah tahap 1.6550 dan tahap 1.65 dengan segera. Tahap rendah 24 Mac, 1.6465 adalah harapan terakhir untuk aliran kenaikkan harga. Bagi perspektif dagangan jangka panjang, pasangan mata wang kini sedang berada didalam aliran menaik dengan sedikit pembetulan harga daripada tahap 1.5854. Penutupan harga di bawah tahap harga 1.6465 akan menamatkan corak aliran menaik, dan pasangan mata wang ini diramalkan akan jatuh ke tahap 1.63, 1.6252 dan 1.6211. Bagi aliran menaik, sekiranya pasangan mata wang ini didagangkan di atas tahap 1.6603, maka harga akan melonjak hingga ke tahap 1.6666 dan 1.6684. Manakala tahap 1.6718 ini akan bertindak sebagai tahap rintangan yang kukuh untuk kenaikan harga. Apabila pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap tersebut, tahap 1.6786 dan 1.6823 akan kelihatan pada carta.

Bagi pedagang positional, penutupan harian di bawah tahap 1.6584, aliran penurunan harga akan membawa harga ke tahap 1.6465.

Analisis Fundamental GBP/USD untuk 04 April, 2014

Urusniaga Harian-

Pasangan mata wang kini sedang didagangkan didalam zon penurunan harga yang lengkap. Pada masa sekarang, pasangan mata wang didagangkan pada tahap 1.6590. Pada aliran menaik, pasangan mata wang kini sedang menghadapi rintangan yang kuat di antara tahap 1.6595-1.66. Di atas tahap ini, 1.6611 adalah merupakan tahap rintangan yang kuat. RSI juga berada di dalam aliran menurun. Sehingga cartalilin menutup di atas tahap 1.6611, aliran penurunan harga ini akan membawa harga bergerak menuju ke arah 1.655 dan 1.65 pada urusniaga harian. Di sebelah atas, sekiranya pasangan mata wang ini didagangkan di atas tahap 1.6611, maka harga akan melonjak ke tahap 1.6646 dan 1.6666.

Analisis Fundamental GBP/USD untuk 04 April, 2014

Urusniaga Harian-

Ambil pesanan menjual dengan menetapkan sl pada tahap 1.6611 dan sasaran pada tahap 1.655 dan 1.65.

Ambil pesanan membeli pada tahap 1.6611 dengan menetapkan sasaran pada tahap 1.6646 dan 1.666

joseph.wind@analytics.instaforex.com

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan