logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian EUR/AUD dan Cadangan Perdagangan untuk 04 April, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian EUR/AUD dan Cadangan Perdagangan untuk 04 April, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian EUR/AUD dan Cadangan Perdagangan untuk 04 April, 2014

Sejak 4 Februari yang lalu, pasangan mata wang EUR/AUD ini telah berdagang secara mendatar dengan kecenderungan sedikit menaik. Pergerakan ini telah dikekalkan didalam saluran menaik seperti yang telah digambarkan.

Pada 12 Mac, aliran kenaikkan harga dilihat telah gagal untuk membentuk tahap tinggi menaik. Sebaliknya, harga telah membentuk corak pembalikan double top pada tahap harga 1.5500. 'Neckline' terletak pada tahap harga 1.5200-1.5170.

Kejayaan corak 'double top' bukan sahaja mencapai sasaran unjuran yang terletak pada tahap 1.4820-1.4800 tetapi ia juga telah mengesahkan corak 'Head and Shoulders' yang lebih besar.

Aliran penurunan harga dilihat telah berjaya menembusi pada tahap 1.4950 yang bersamaan dengan 50 % tahap Fibonacci pada minggu lalu ( tahap Sokongan paling hampir). Ini telah menyebabkan tahap harga 1.4750 (61.8 % Fibonacci) terdedah untuk diuji tidak lama selepas itu.

Pada hari Jumaat lalu, pasangan mata wang ini telah jatuh ke tahap 1.4785 apabila lantunan semula kenaikkan harga telah berlaku sekaligus menolak semula harga untuk bergerak menuju ke arah tahap 1.4950-1.4990 (juga bahagian bawah yang terkenal sebelum ia diletakkan pada tahap tersebut).

Zon harga 1.4950-1.4990 perlu memastikan bahawa harga kekal didagangkan di bawah tahap tersebut untuk meneruskan momentum penurunan harga yang kini sedang berlangsung. Jika tidak, pengukuhan mendatar harga berkemungkinan akan berlanjutan.

Bagi dagangan jangka panjang, sasaran unjuran corak pembalikan H & S berkemungkinan akan berakhir disekitar tahap 1.4350.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan