
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan stabil dengan kecenderungan penurunan harga selepas harga mencecah tiga minggu rendah pada tahap 0.8786 hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen USD yang negatif dan permintaan mata wang franc semasa pasangan CHF/JPY mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini adalah disebabkan oleh pendirian Bank Negara Swiss terhadap dasar monetari. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana stokastik adalah aliran penurunan harga, MACD melintasi aliran menurun berbanding purata pergerakkan eksponen.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8790; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8760. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8845. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8870 dan sasaran kedua pada tahap 0.8890.
Tahap Rintangan:
0.8870
0.8890
0.8910
Tahap Sokongan:
0.8790
0.8760
0.8730
