logo

FX.co ★ Analisis Mingguan GBP/USD untuk 14-17 April, 2014

Analisis Mingguan GBP/USD untuk 14-17 April, 2014

Ekonomi Kanada dan UK mencatatkan kemajuan. Di Kanada, bank pusat dijangkakan akan mengekalkan kadar faedah penanda aras tidak berubah pada 16 April dan mengemaskini ramalan ekonomi di tengah-tengah tanda pemulihan menaik. Pada hari yang sama, angka bagi kadar pengangguran di UK berkemungkinan telah menurun.



Gambaran Mingguan - 14-17 April


Pasangan mata wang GBP/USD kini sedang didagangkan dalam julat yang kecil antara tahap 1.6823-1.6718. Pasangan mata wang ini membentuk 'double top' dan masih dalam pembetulan harga. Dalam sesi dagangan Asia, pasangan ini didagangkan pada tahap 1.6726. Pasangan itu dilihat telah menembusi tahap sokongan yang terletak pada 1.6718. Apabila pasangan GBP/USD menembusi pada tahap ini, maka pasangan itu akan benar-benar berada dalam aliran penurunan harga. Sepertimana yang telah dicadangkan sebelum ini, ambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga ke arah tahap 1.6823, yang mana strategi perdagangan ini juga akan diguna pakai pada minggu ini, walau bagaimanapun kedudukan menjual baru hanya akan diambil apabila pasangan didagangkan di bawah paras 1.6718 ke arah tahap 1.6684 dan 1.6675 dengan serta-merta dan ke tahap 1.6660 dan seterusnya tahap 1.66. Berdasarkan pada carta 4H, RSI dilihat memihak kepada pesanan menjual. Bagi aliran menaik, pasangan mata wang ini diramalkan akan menghadapi rintangan pada tahap 1.6786 dan 1.6823.


Sekiranya pasangan GBP/USD ini menutup di bawah tahap 1.6718, aliran penurunan harga akan bergerak menuju ke arah tahap 1.66 dan tahap 1.6554. Kenaikkan harga baru hanya akan berlaku di atas tahap 1.6823 menuju ke arah tahap 1.69-1.6910.



Analisis Mingguan GBP/USD untuk 14-17 April, 2014

Untuk perspektif urusniaga harian, kami meramalkan bahawa pasangan ini akan ditarik semula ke arah tahap 1.6750 dan maksimum ke arah tahap 1.6786. Pada tahap yang lebih tinggi, para pedagang berpeluang untuk mengambil pesanan menjual baru dengan menetapkan sl pada tahap 1.6823 pada asas penutupan.

Analisis Mingguan GBP/USD untuk 14-17 April, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan