
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF akan ditetapkan rintangan yang kuat pada tahap 0.8854 dan tahap ini adalah bersaman dengan nisbah 61.8 % tahap Penarikan semula Fibonacci. Tidak kurang pentingnya, harga masih lagi didagangkan di antara tahap 0.8795 dan 0.8840. Selain itu, pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat masih lagi berada di bawah 61.8 % daripada tahap Penarikan semula Fibonacci sejak 9 April, 2014. Kesannya, harga telah membentuk rintangan yang kukuh pada tahap 0.8854 dan harga kini sedang menghampiri tahap rintangan tersebut untuk menguji. Selain itu, para pedagang juga harus diingatkan bahawa tahap 0.8854 adalah merupakan tahap harga utama pada hari ini. Oleh itu, pasangan mata wang USD/CHF akan memperoleh momentum penurunan harga yang agak meyakinkan dan struktur penurunan ini tidak kelihatan sebagai pembetulan harga, untuk menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.8854 dan ia akan menjadi satu petanda yang baik untuk menjual di bawah tahap 0.8854 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.8805 (tahap ini adalah bersamaan dengan titik pangsi mingguan) dan ia akan memanggil aliran penurunan harga untuk meneruskan pergerakkan ke arah tahap 0.8760. Selain itu, harga kini sedang didagangkan pada tahap 8760 dilihat akan menguji 'double top' dan ia telah pun menembusi di atas jurang tersebut. Sementara itu, stop loss perlu sentiasa diperhatikan, oleh itu ia adalah suatu tindakan yang bijak dengan menetapkan kedudukan stop loss anda pada tahap harga 0.8883.
