logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 25 April, 2014

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 25 April, 2014

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 25 April, 2014

Tahap Sokongan dan Rintangan Hari Ini:

R3: 141.99

R2: 141.79

R1: 141.62

Spot Semasa: 141.54

S1: 141.35

S2: 140.99

S3: 140.60

Rumusan Teknikal:

Pembetulan harga daripada tahap 140.08 dilihat hanya akan menjadi lebih rumit dan lebih kompleks. Kami menyaksikan bahawa terdapat penembusan harga di bawah tahap 141.23, walau bagaimanapun tidak terdapat sebarang susulan dan pasangan mata wang kini telah didagangkan kembali di dalam julat di bawah tahap rintangan 142.00 - 142.17. Buat masa ini, para pedagang hanya perlu menunggu pasangan mata wang ini untuk menyatakan pengesahan bahawa pembetulan harga daripada tahap 140.08 telah berakhir dan penurunan harga ke tahap yang lebih rendah ke arah 136.33 sedang membangun. Pengesahan ini akan dinyatakan semasa harga menembusi di bawah tahap 140.99 dan selepas itu kita hanya perlu menerima kemungkinan bahawa harga akan bergerak menghampiri ke tahap 142.17.

Cadangan Perdagangan:

Kekal mejual EUR daripada tahap harga 141.63 dengan menetapkan stop loss di tahap 143.50 buat masa sekarang. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan menjual EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk menjual berhampiran pada tahap 142.17 atau sebaik sahaja harga mnemebusi di bawah tahap 140.99.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan