logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 29 April, 2014

Analisis Harian GBP/USD untuk 29 April, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat mempunyai momentum kenaikkan harga yang mana ia telah membenarkan harga untuuk meningkat ke arah rintangan yang terletak pada tahap 1.6851. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap rintangan tersebut, maka pasangan GBP/USD ini berkemungkinan akan didagangkan dalam kecenderungan kenaikkan harga untuk beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, para pedagang harus berhati-hati apabila hendak mengambil pesanan bagi pasangan ini sebagaimana harga kini sedang berada di dalam julat yang rendah. Petunjuk MACD kini dilihat berada di dalam zon terlebih beli.

Analisis Harian GBP/USD untuk 29 April, 2014

Carta 4H: Pasangan mata wang ini kekal didagangkan di atas SMA 200 dan tahap sokongan pada 1.6785. Semasa sesi perdagangan semalam, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah cuba untuk menembusi pada tahap rintangan 1.6841 namun gagal. Kini, pasangan sedang mencuba untuk menembusi pada tahap 1.6822. Jika berjaya, pasangan diramalkan akan meningkat ke tahap 1.6841. Petunjuk MACD kini sedang berada di wilayah neutral.

Analisis Harian GBP/USD untuk 29 April, 2014

Carta 1HPasangan mata wang GBP/USD dilihat telah membuat lantunan semula kenaikkan harga pada tahap rintangan 1.6850 yang mana ia telah membentuk satu titik kawalan. Kini, pasangan telah membuat lantunan semula kenaikkan harga pada tahap sokongan 1.6800. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.6850, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat ke tahap 1.6900. Petunjuk MACD kini terletak di wilayah neutral.

Analisis Harian GBP/USD untuk 29 April, 2014

Cadangan Perdagangan Untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6850, take profit di tahap 1.6900, dan stop loss pada tahap 1.6800.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan