
Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan penurunan harga setelah harga menembusi tahap rendah tiga minggu pada tahap 0.8519 hari Isnin. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh jumlah lebihan yang lebih kecil berbanding ramalan di dalam laporan lebihan perdagangan New Zealand bagi bulan Mac yang mencatatkan NZD920 juta (berbanding NZD937 juta pada ramalan), penjualan mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD mengukuh dan kebimbangan para pelabur terhadap ekonomi China dan harga komoditi yang kian melemah. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah didorong oleh permintaan mata wang dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah penghindaran risiko yang berkurangan dan kepentingan berbeza NZD-USD. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah penurunan harga, walau bagaimanapun ia akhirnya akan berada di zon terlebih jual, purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah MA 15 hari dan semakin menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8635; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8690. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8590. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8475 dan sasaran kedua pada tahap 0.8430.
Tahap Rintangan:
0.8635
0.8690
0.8750
Tahap Sokongan:
0.8475
0.843
0.84
