logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott USD/CAD untuk 29 April, 2014

Analisis Gelombang Elliott USD/CAD untuk 29 April, 2014

Analisis Gelombang Elliott USD/CAD untuk 29 April, 2014

USD/CAD Gelombang Elliott
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang USD/CAD ini telah didagangkan dalam aliran menurun, seperti yang telah kita jangkakan, membangunkan gelombang pembetulan [b][z]. Berdasarkan pada carta 1 jam di atas, kami mendapati bahawa pembetulan harga daripada tahap 1.1053 sedang menuju sebagai corak MENDATAR, dan sekiranya ini adalah benar, kita akan melihat pergerakan penurunan harga ke arah tahap 1.0954-1.0930, 50& 61.8% daripada gelombang [a] sebelum harga bergerak ke tahap yang lebih tinggi lagi. Untuk persediaan perdagangan, kita hanya akan melihat peluang membeli pada zon yang telah disebutkan, dengan stop loss ditetapkan pada tahap 1.0854. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang [c] perlu melanjutkan 100% daripada gelombang [a], maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang [a] dengan meletakkan kedudukan Take Profit pada tahap 1.1150 (100% daripada gelombang [a]).

Sokongan dan Rintangan 
(S3) 1.0991, (S2) 1.1003, (S1) 1.1015, (PP) 1.1027, (R1) 1.1039, (R2) 1.1051, (R3) 1.1063.

Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 1.0950 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 1.0854 dan Take Profit pada tahap 1.1150 adalah dicadangkan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan