
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Aliran menaik Perak dan pembentukan cartalilin pembalikan kenaikkan harga 'shooting star' telah kelihatan pada carta di atas. Perak dilihat telah bersedia untuk bergerak naik sekurang-kurangnya ke arah tahap $ 19.90/$ 20.00 sebelum harga ditarik kembali. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang ATAU kekal pada kedudukan membeli agresif yang telah diambil pada minggu lalu.
2. Tahap sokongan bagi komoditi ini terletak pada tahap $ 18.90, disusuli dengan tahap $ 18.70/75, $ 18.00, manakala rintangan pula terletak pada tahap $ 19.90/$20,00, dan masing-masing diikuti oleh tahap $ 20.40/50, $ 21.70/80, dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa aliran menaik Perak berkemungkinan akan menembusi pada tahap $ 19.90/$20.00 pada masa sekarang sebelum penarikan semula harga yang ketara mengambil tempat.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar ATAU kekal berada pada kedudukan membeli yang telah diambil sebelum ini, dengan menetapkan Stop Loss pada titik pulang modal, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
