logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 5 Mei, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 5 Mei, 2014

Harga emas telah menembusi di atas tahap sokongan $ 1.275 pada hari Jumaat dan menytakan tanda-tanda awal perubahan arah aliran jangka pendek. Sebagaimana yang telah kami sebutkan di dalam analisis terdahulu, bahawa harga Emas berkemungkinan akan menolak ke tahap yang lebih rendah, kita akan melihat penutupan harian di bawah tahap $ 1.275. Sekiranya tahap sokongan ini gagal untk ditembusi, maka harga diramalkan akan melantun kembali di atas tahap $ 1.300. Kami lebih cenderung untuk mengambil pesanan membeli selagi harga didagangkan di atas tahap $ 1.275 pada asas harian dan di atas $ 1.268 pada asas urusniaga harian.

Analisis Teknikal Emas untuk 5 Mei, 2014



Harga emas dilihat telah menembusi garisan rintangan aliran condong penurunan jangka pendek pada hari Jumaat dan ini adalah isyarat pertama kenaikkan harga yang diterima selepas tempoh masa yang panjang. Harga emas juga telah bergerak di atas rintangan awan Ichimoku jangka pendek dan harga kini sedang berada di atas tahap tersebut. Harga emas juga telah membuat corak rendah yang lebih tinggi dan corak tinggi yang lebih tinggi sejak 24 April yang  lalu. Kita berkemungkinan akan dapat melihat penarikan semula harga ke arah tahap $ 1.300 - $ 1.294, walau bagaimanapun ia masih belum dapat dipastikan. Saya menjangkakan bahawa momentum kenaikan ini akan berterusan dan seterusnya menguji pada tahap tinggi $ 1.331.

Analisis Teknikal Emas untuk 5 Mei, 2014

Pada carta harian, harga Emas dilihat sedang menuju ke arah sempadan rintangan awan Ichimoku yang lebih rendah. Ia adalah merupakan ujian besar bagi aliran kenaikkan harga untuk menunjukkan kekuatan dan jika apa yang kita nyatakan sebagai gelombang 2 ia adalah benar-benar gelombang 2 atau hanya gelombang pembetulan A. Sekiranya Emas berjaya mengukuh di atas tahap sokongan $ 1.280-90, maka harga diramalkan akan menguji rintangan yang terletak pada tahap $ 1,320 - $ 1,331. Penembusan harga di atas tahap tersebut seharusnya akan membolehkan harga emas menembusi pada tahap $ 1.340-$ 1.350. Gambaran dagangan jangka panjang kami buat masa sekarang adalah tunggu sehingga harga mencecah pada tahap $ 1,340-50 bagi membolehkan para pedagang mengambil pesanan menjual dengan sasaran jangka panjang terletak pada tahap $ 1,100-$ 1,200 dan stop loss ditetapkan di tahap $ 1,391.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan